Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

USK1042.PengislamanIlmu

Burhan
May 25, 2015

 USK1042.PengislamanIlmu

Slaid kuliah minggu ke-12.

Burhan

May 25, 2015
Tweet

More Decks by Burhan

Other Decks in Education

Transcript

  1. Peta Minda Gagasan Pengislaman Ilmu definisi sejarah perkembangan proses, kaedah

    & pendekatan • Al-Attas • Ismail al-Faruqi • Taha Jabir al-Alwani • IFIAS •ASASI kritikan respon umat Islam alternatif Kenapa perlu ??? • Ilmu moden tidak neutral • Ilmu moden sarat denga nilai Barat • Faham ilmu, faham nilai dan konsep kebudayaan dipengaruhi perspektif Barat
  2. PENDAHULUAN • Bagi ilmuwan yang berpandangan ilmu adalah sarat nilai,

    ilmu moden yang sedang berkembang kini dipengaruhi dan diresapi oleh pelbagai fahaman asing yang sebahagiannya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam atau budaya ilmu Islam.
  3. KEPERLUAN KEPADA GAGASAN ISLAMISASI ILMU • Ilmu moden tidak bebas

    nilai kerana ia telah dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan dan falsafah manusia Barat. • Ilmu yang telah diresapi nilai-nilai asing khusus dari tamadun Barat perlu dimurnikan atau diislamisasikan terlebih dahulu sebelum dapat dimanfaatkan secara optimum.
  4. • Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), definisi Islamisasi ialah

    “pembebasan manusia ; pertama dari tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan dan selepas itu (pembebasan akal) dan bahasa dari sekularisme”. DEFINISI ISLAMISASI
  5. • “Memberikan definisi baru, mengatur dan menghubungkan data-data, menilai kembali

    kesimpulan-kesimpulan, mengulangkaji semula tujuan- tujuan hinggalah disiplin ilmu tersebut memperkayakan wawasan Islam dan bermanfaat bagi cita-cita Islam”. al-Faruqi (1989) DEFINISI ISLAMISASI
  6. KAEDAH PELAKSANAAN • Kaedah atau pendekatan gagasan Islamisasi Ilmu boleh

    dibahagikan kepada dua kategori iaitu pendekatan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tertentu secara individu atau pendekatan yang terhasil dari usaha berkumpulan. • Antaranya ialah pendekatan al-Attas, al- Faruqi, al-Alwani, IFIAS dan ASASI.
  7. Pendekatan Naquib al-Attas Proses Islamisasi ilmu moden menurut Syed Naquib

    al-Attas (1978), adalah sebagaimana berikut : 1. Pembebasan manusia tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan ateisme. 2. Pembebasan ilmu daripada epistemologi sekularisme iaitu membebaskan aktiviti memberi makna, membuat definisi atau membuat ekspresi tentang sesuatu ilmu daripada pengaruh ideologi sekular. 3. Pengembalian pentafsiran sesuatu fakta dan teori kepada rujukan yang asas.
  8. Pendekatan al-Faruqi 12 langkah yang masyhur: 1. Penguasaan dan kemahiran

    disiplin ilmu moden; penghuraian kategori. 2. Tinjauan disiplin ilmu. 3. Penguasaan warisan ilmu Islam; sebuah antologi. 4. Penguasaan warisan ilmu Islam; tahap analisis. 5. Penentuan penyesuaian Islam yang khusus terhadap disiplin-disiplin ilmu. 6. Penilaian kritikal terhadap disiplin ilmu moden; hakikat kedudukannya kini.
  9. Sambungan 7. Penilaian kritikal terhadap warisan Islam; tahap perkembangan pada

    masa kini. 8. Kajian masalah utama umat Islam. 9. Kajian tentang masalah yang dihadapi oleh umat manusia. 10. Analisis kreatif dan sintesis. 11. Membentuk semula disiplin ilmu moden ke dalam rangka kerja Islam; buku teks. 12. Pengagihan ilmu yang telah diislamkan.
  10. KRITIKAN Menentang Secara Total • Fazlur Rahman • Abdul Salam

    • Abdul Karim Soroush • Bassam Tibi • Usep Fathuddin Menentang Idea-idea Tertentu • Ziaudin Sardar
  11. Respons setiap individu muslim terhadap gagasan tersebut boleh dibahagikan kepada

    beberapa bahagian sebagaimana berikut : • a) Golongan yang menolak gagasan tersebut. • b) Golongan yang menyokong dan mendokong gagasan tersebut dengan menghasilkan karya yang menepati maksud Islamisasi dalam disiplin atau kepakaran ilmu mereka. Mereka turut memberi kritikan yang membina dalam usaha untuk memantapkan gagasan tersebut. RESPON
  12. • c) Golongan yang menyokong gagasan Islamisasi ilmu moden secara

    teori dan konsepnya tetapi tidak mengusahakannya secara praktis. • d) Golongan yang tidak mempunyai pendirian terhadap isu ini. Mereka lebih senang untuk memerhati perkembangan yang dirintis oleh sarjana lain ataupun tidak memperdulikannya. RESPON
  13. 3 LANGKAH ALTERNATIF • Berusaha mendekatkan diri dengan warisan ilmu-ilmu

    Islam (turath Islami) dan juga dengan gerakan Islamisasi ilmu moden khususnya dalam bidang pengkhususan yang diceburi. • Atau berusaha melakukan sendiri proses Islamisasi ilmu sekiranya belum terdapat lagi kajian yang dilakukan oleh orang lain.
  14. 3 LANGKAH ALTERNATIF • Atau berusaha keluar dari kancah ilmu

    yang syubhah ini. Kekal di dalamnya atau mengembangkannya tidak akan membantu umat Islam memperbetulkan sistem pendidikan umat yang telah rosak.