Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

USK1042.Definisi&Konsep

Burhan
March 14, 2015

 USK1042.Definisi&Konsep

Slaid Kuliah Minggu Ke-2 dan Ke-3

Burhan

March 14, 2015
Tweet

More Decks by Burhan

Other Decks in Education

Transcript

  1. Bab 1 Definisi & Konsep FI Pengenalan Pengertian FALSAFAH Pengertian

    ILMU Pengertian FALSAFAH ILMU Hubungan FALSAFAH, ILMU PENGETAHUAN & AGAMA Fungsi & Manfaat FI Kesimpulan
  2. Pengenalan (samb.) FALSAFAH adalah PANDANGAN HIDUP yang berkait rapat dengan

    NILAI tentang sesuatu yang dianggap sebagai BENAR dan BIJAKSANA. FALSAFAH berkait rapat dengan KEHIDUPAN manusia dalam maksud untuk mencari PENGERTIAN dan MAKNA kehidupan..
  3. • Setiap individu mempunyai satu himpunan nilai yang kukuh dalam

    dirinya yang dianggap sebagai benar dan dijadikan sandaran dalam membuat sesuatu keputusan dalam kehidupannya. • Namun ia perlu melalui suatu proses pemikiran dan renungan yang mendalam, kritikal, menyeluruh dan bersepadu. Pengenalan
  4. Pengenalan Falsafah secara umumnya adalah berfikir dengan ciri-ciri berikut :

     Berfikir secara kritikal (renungan mendalam sehingga dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan)  Berfikir secara menyeluruh (pengalaman manusia umum dan bukannya secara khusus atau terbatas seperti disiplin ilmu tertentu)  Berfikir secara integral (berpadu secara lengkap)
  5. Pengertian Falsafah `Falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang ada’ Plato

    (427–347 S.M.) `Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas segala benda’ Aristotle (384-322 S.M.)
  6. Pengertian Falsafah Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud

    dan bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar. (Al-Farabi m. 950 M)
  7. Definisi Falsafah Falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan

    universal dalam rangka mencari kebenaran. (Sidi Gazalba 1978).
  8. Rumusan pengertian falsafah menurut Harold Titus (1896-1984) • Sekumpulan sikap

    dan kepercayaan terhadap kehidupan dan alam yang biasanya diterima secara kritis. • Suatu proses kritik atau pemikiran terhadap kepercayaan dan sikap yang sangat kita junjung tinggi. • Usaha untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. • Analisa logik dari bahasan serta penjelasan tentang erti kata dan konsep. • Sekumpulan masalah yang mendapat perhatian secara langsung dari manusia dan dicarikan jawapannya oleh ahli falsafah.
  9. Ontologi • Hakikat kewujudan; tuhan, alam, manusia • Cabang falsafah

    pendidikan yang memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan mutakhir. Apa yang terdapat sesudah fizikal. • Ilmu yang mendalami masalah pada peringkat permulaan dan pada peringkat akhir bagi setiap perkara yang wujud. • Ia memperkatakan tentang ketuhanan, alam sejagat, jiwa, roh dan juga kehidupan.
  10. Epistemologi • Epistemologi ialah cabang falsafah tentang teori ilmu pengetahuan

    dan perihal mengetahui. • Cabang falsafah ini mempunyai hubungan dengan kaedah pendidikan dan cara pengajaran. • Apakah ilmu pengetahuan? • Apakah sumber-sumber ilmu pengetahuan? • Apakah ilmu pengetahuan berbentuk statik atau sentiasa mengalami penambahbaikan?
  11. Aksiologi • Cabang Falsafah ini memperkatakan tentang baik atau buruk,

    benar atau salah dan perkara berkaitan nilai. • Aksiologi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu etika dan estetika. • Bidang etika mengkaji tentang nilai peraturan dan moral serta tingkahlaku • Bidang estetika mengkaji tentang nilai kecantikan dan seni.
  12. • Etika cenderung untuk menjawab persaoalan apakah kebaikan ? Apakah

    ciri yang menentukan sesuatu yang baik? • Estetika merujuk kepada penetapan kriteria cantik didalam sesuatu kerja seni, persekitaran dan kehidupan, apa itu cantik ? Bagaimana kita menghargai kecantikan di dalam pesekitaran semulajadi? Aksiologi
  13. Konsep ilmu • Ilmu ( ملع )dalam bahasa Arab bermakna

    pengetahuan dan kepandaian. • Ilmu lawannya jahil.
  14. Konsep ilmu • Pentingnya memahami setiap istilah - mempunyai makna

    yang tersendiri. Ilmu Pengetahuan Pandangan Sains Makrifat
  15. Ciri-ciri ilmu Mempunyai teori atau konsep tertentu yang boleh diterangkan

    secara rasional Mempunyai kaedah untuk mendapatkannya secara empirikal Mempunyai pokok persoalan dan kandungan permasalahan secara sistematik Kandungan permasalahan sentiasa dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan Ciri-ciri ilmu
  16. Konsep ilmu epistêmê (knowledge) pengetahuan peringkat tertinggi/sejati (mengetahui sesuatu dan

    mengapa terjadi) epistêmê and technê Knowledge and craft/skill
  17. Konsep ilmu Mazhab Rasionalisme ilmu pengetahuan bersifat apriori (hasil renungan

    tanpa melalui pengalaman) Rene Descartes Gottfried Wilhelm Leibniz Baruch Spinoza Continental
  18. Konsep ilmu Mazhab Empirisisme ilmu pengetahuan bersifat aposteriori (berdasarkan pengalaman

    dan pengamatan) John Locke David Hume Herbert Spencer British/Scottish
  19. Konsep ilmu Mazhab Pragmatisme ilmu pengetahuan merujuk kepada proses/kaedah bukan

    kepada kandungan/hasil. John Dewey Charles Sanders Peirce William James American
  20. Konsep ilmu Dalam ISLAM, semua SUMBER ILMU datang daripada ALLAH

    swt. WAHYU tauqifiyyah (kebenaran mutlak) ALAM taufiqiyyah (kebenaran relatif)
  21. Pengertian & Konsep Ilmu Syed Naquib Al-Attas “Dengan merujuk kepada

    Allah s.w.t. sebagai sumber segala ilmu, ia (ILMU) adalah ketibaan makna bagi sesuatu ke dalam diri seseorang.” “Sebaliknya apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir, ILMU adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu.”
  22. Sambungan .. Allah s.w.t. adalah sumber sebenar ilmu Manusia adalah

    makhluk aktif yang berusaha mendapatkan ilmu Semua ilmu bertolak daripada premis tauhid (oneness) iaitu ilmu terbit daripada sumber yang satu Ini bermakna;
  23. Sambungan .. Ini juga bermakna; sumber ilmu itu pelbagai domain

    metafizik domain empirikal • Wahyu • Ilham • Intuisi • Akal • Pancaindera
  24. Renung & Fikir Ilmu Hakiki memberi keyakinan (membimbing manusia mengenali

    Tuhan) Ilmu Alat membantu kehidupan manusia untuk mencapai ilmu hakiki Siapakah orang yang berilmu ?
  25. Pengertian Falsafah Ilmu • Falsafah ilmu adalah sub bidang yang

    khusus dalam bidang falsafah seperti falsafah sejarah, falsafah matematik dan seumpamanya. • Falsafah ilmu adalah merujuk kepada kajian secara mendalam tentang dasar-dasar ilmu. Objek penelitian atau pokok persoalan dalam falsafah ilmu ialah ilmu itu sendiri. • Secara khususnya terdapat tiga komponen yang menjadi pokok persoalan falsafah ilmu iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi.
  26. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Ontologi • Komponen ini membahaskan sekurang-kurangnya

    dua aspek penting iaitu ruang lingkup atau wilayah cakupan ilmu dan hukum ilmu. • Perbahasan ruang lingkup ilmu mempersoalkan adakah ilmu hanya terbatas pada persoalan alam fizikal sahaja (alam al-syahadah) atau turut mencakupi alam metafizik. • Ruang lingkup ilmu juga melahirkan konsep klasifikasi ilmu.
  27. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Ontologi • Dalam tradisi ilmuan Islam,

    ilmu dibahagikan kepada beberapa pengelasan berdasarkan kepada pelbagai dimensi seperti klasifikasi ilmu oleh Al-Farabi (870 – 950 M), Al- Ikhwan Al-Safa, Ibn Sina (980 – 1037 M), Al-Ghazali (1058 – 1111M) dan Ibn Khaldun (1332 – 1406 M) dan Persidangan Pendidikan Islam Kali ke 2 (1980) • Islam mengiktiraf konsep klasifikasi dan hierarki ilmu secara serentak dan bersepadu. Pengkategorian ilmu kepada ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah adalah contoh yang sangat jelas tentang hierarki ilmu.
  28. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Epistemologi • Terdapat dua perbahasan utama

    dalam komponen epistemologi iaitu sumber ilmu dan kebenaran ilmu. • Terdapat pelbagai aliran dalam membincangkan permasalahan sumber ilmu seperti aliran rasionalisme, empirisisme, konformisme, intuisionisme dan wahyu. • Dalam tradisi Islam, kesemua sumber ilmu diterima. Islam kemudian mengaturnya dalam satu sistem yang harmoni dengan meletakkan setiapnya di tempat yang paling tepat.
  29. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Epistemologi • Islam meletakkan sumber wahyu

    sebagai autoriti tertinggi berbanding dengan sumber ilham, intuisi, akal dan pancaindera. • Rujukan kepada sumber wahyu menjadi wajib dalam persoalan aqidah, ibadah, akhlak dan hukum yang memerlukan dalil qat’i (dalil yang jelas) • Dalam urusan hukum yang hanya mempunyai dalil zanni (dalil tidak jelas) dan urusan kehidupan lainnya, Islam menggalakkan umatnya untuk menggunakan akal dan pancaindera secara optimum untuk mencari penyelesaian yang terbaik.
  30. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Aksiologi • Komponen ini menumpukan kepada

    aspek nilai guna sesuatu ilmu iaitu samada bernilai atau sebaliknya, penting atau tidak penting, serta baik atau buruk. • Islam mempunyai sistemnya yang tersendiri dalam mengatur konsep tatanilai ilmu melalui prinsip al-ahkam al-khamsah iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. • Konsep hierarki tiga susunan keperluan iaitu daruriyat (needs), hajiyat (wants) dan tahsiniyyat (accessories).
  31. Komponen Falsafah Ilmu Komponen Aksiologi • Nilai ilmu boleh dibahagikan

    kepada tiga kategori iaitu ilmu terpuji, ilmu tercela dan ilmu neutral. • Dari segi teori, pemilihan ilmu yang penting dibuat berdasarkan mazhab falsafah pendidikan seperti perenialisme, esensialisme, progresivisme, eksistensialisme dan rekonstruksionisme. • Dalam Islam, ilmu terpuji secara mutlak adalah ilmu wahyu dalam kategori ilmu fardhu ain di mana ia diwajibkan kepada setiap individu muslim di setiap peringkat pendidikan. Di samping itu, terdapat ilmu fardhu kifayah yang menjadi pelengkap kepada ilmu fardhu ain di mana tuntutan perlaksanaannya bersifat kolektif.
  32. Hubungan Falsafah Dengan Ilmu dan Agama • Pengetahuan merujuk kepada

    hal-hal yang biasa yang dimiliki oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya. • Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu akan meningkat menjadi ilmu atau sains. • Ilmu dan sains hanya berusaha menjawab masalah segera. Timbullah peranan falsafah untuk menyelesaikannya. • Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara spekulatif dan tidak meyakinkan, maka timbulah peranan agama untuk memberikan jawapan. • Setiapnya diperlukan oleh manusia menurut kadar dan skopnya masing- masing. Keperluan dalam bentuk hubungan fungsian dalam menyelesaikan persoalan tentang kemanusiaan dan kebenaran secara keseluruhan.
  33. Alat mencari kebenaran dari segala fenomena yang ada Mempertahankan @

    melawan @ berdiri neutral terhadap pandangan falsafah lain Memberi pengertian tentang cara hidup, pandangan hidup dan pandangan dunia Ajaran tentang moral dan etika yang berguna dalam kehidupan Fungsi Fungsi & Manfaat Falsafah Ilmu Sumber inspirasi dan pedoman untuk kehidupan
  34. Latih sikap kritis dalam aktiviti ilmiah Memecah masalah dan menganalisis

    Tidak terjebak dalam bahaya kesombongan intelektual Mempertanggungjawabkan metode ilmiah secara logik-rasional Manfaat Fungsi & Manfaat Falsafah Ilmu Melatih diri berfikir secara sintesis-aplikatif mengikut keperluan konteks