Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

USK1042.Epistemologi.Ilmu

Burhan
April 02, 2015

 USK1042.Epistemologi.Ilmu

Slaid kuliah minggu ke-7 dan ke-8.

Burhan

April 02, 2015
Tweet

More Decks by Burhan

Other Decks in Education

Transcript

  1. EMPAT SUMBER ILMU • Ilmu pengetahuan didapati melalui empat sumber

    iaitu pancaindera, akal, intuisi/ilham dan wahyu. • Setiap sumber mempunyai perbahasannya yang tersendiri dan memberi impak kepada tahap kebenaran, klasifikasi dan hierarki ilmu.
  2. • Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia melalui

    kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, perasaan (kulit), telinga dan lidah. Pengetahuan ini disebut pengetahuan empiris. • Pengetahuan empiris amat bergantung kepada pengalaman dan pengamatan. Gejala-gejala alamiah yang bersifat konkrit dan mempunyai ciri-ciri tertentu lagi tetap dapat dinyatakan melalui tangkapan pancaindera manusia. • Kaum empiris berpendapat bahawa pengetahuan manusia bukan diperolehi melalui pemikiran rasional yang abstrak namun ia adalah pengalaman yang konkrit. 1. Pancaindera
  3. • Kebenaran yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat

    kerana keterbatasan daya indera manusia. • Terdapat suatu ideologi ekstrim dalam memperjuangkan kebenaran empiris (mazhab empirisisme). Antara pelopor utama mazhab ini ialah David Hume, John Locke, dan Roger Bacon. • Mereka berpendapat ilmu hanya datang dari fakta-fakta alam yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir. Keupayaan yang di luar batas pancaindera zahir dianggap tidak bermakna dan bukan fakta. Justeru, ia tidak termasuk dalam sumber ilmu atau bidang ilmu. 1. Pancaindera
  4. • Tidak dapat disangkal, akal merupakan antara sumber pengetahuan. •

    Dengan akal manusia dapat membuat pertimbangan antara baik dan buruk. • Dengan melakukan proses pemikiran yang betul akan membuahkan pengetahuan yang benar seperti logik deduktif dan induktif. 2. Akal
  5. • Kelompok yang mengagung-agungkan penggunaan akal yang dipanggil rasionalisme. Aliran

    rasionalis banyak mempergunakan kaedah deduktif dalam menyusun pengetahuannya. • Bagi kelompok rasionalis, pengalaman indera tidak membuahkan prinsip. Hanya dengan mengetahui prinsip melalui pemikiran rasional, kita dapat mengerti kejadian-kejadian yang berlaku dalam persekitaran kita. 2. Akal
  6. • Mazhab rasionalisme menumpukan penekanan terhadap prinsip kekal yang boleh

    diketahui oleh manusia. • Antara pendukung mazhab ini seperti Socrates, Plato dan Descartes. Mereka tidak menitikberatkan pengalaman manusia yang konkrit dan kejadian alam tabii dalam usaha untuk memahami hakikat kewujudan. 2. Akal
  7. • Intuisi adalah pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses penalaran

    (pemikiran). Contoh ; seseorang yang sedang tertumpu pemikirannya pada suatu masalah tiba-tiba mendapat jawapan tanpa melalui proses berfikir yang berliku-liku. • Intuisi juga boleh berlaku dalam keadaan tidak sepenuhnya sedar iaitu datang ketika tidak difikirkan atau dikehendaki. Cth – seseorang yang menangguhkan pemikirannya pada sesuatu masalah kerana menemui jalan buntu, secara tiba-tiba mendapat jawapan yang lengkap. Tetapi dia tidak dapat menjelaskan bagaimana jawapan tersebut tiba kepadanya. 3. Ilham/Intuisi
  8. 3. Ilham/Intuisi •Selain akal, intuisi juga menjadi sumber ilmu. Intuisi

    dapat disamaertikan dengan ilham. Ia diertikan sebagai bisikan hati. Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham berupa cahaya di atas nurani, bersih dan lembut. Kedatangannya adalah secara tiba-tiba atau tidak diduga. Kesemua ilmu ada dalam bentuk kasbi atau aqli dan diri manusia memerlukan intuisi. Tidak mungkin berlaku sesuatu pemikiran akal atau perasaan yang tanpa disentuh oleh intuisi. •Manusia penuh dengan intuisi yang menggerakkan keaktifannya. Cuma, intuisi yang datang itu diproses ataupun tidak bergantung kepada kemahuannya. Pemerosesan itulah yang memungkinkan terjelmanya ilmu pengetahnan yang dibantu dengan akal dan pancaindera. Kebanyakan penemuan sains atau ilmu-ilmu lain diasaskan kepada intuisi seperti yang terjadi kepada Newton dalam menemukan daya tarikan graviti. Ia adalah ilmu yang didapati tanpa jalan, mengkaji dan mencari dalil seperti yang dikatakan oleh al-Ghazali.
  9. • Intuisi bersifat personal, datang secara tiba-tiba dan tidak boleh

    diramalkan. Ia mempunyai banyak nama dan istilah yang pelbagai seperti basirah, kasyaf, wujdan, ilmu ladunni dan lain- lain. • Al-Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang datang kepada nurani, bersih dan lembut. Ia adalah ilmu yang didapati tanpa jalan mengkaji dan mencari dalil. 3. Ilham/Intuisi
  10. Perbezaan Antara Akal & Ilham Akal Ilham Akal rasional tertakluk

    kepada kaedah induktif dan deduktif. Pengalaman langsung ke dalam diri tanpa melalui kerja-kerja akal. Pengetahuan akal rasional bercorak objektif dan semua orang dapat menyaksikannya. Pengetahuan bersifat subjektif atau zan dan hanya terbatas kepada yang mengalaminya sahaja. Pengetahuan akal rasional boleh digambarkan dengan perkataan dan boleh diceritakan kepada orang lain. Tidak boleh diceritakan kepada orang lain dan mungkin dirasai oleh sesiapa selain daripada individu yang mengalaminya.
  11. Definisi • Dari sudut bahasa: 1. Memberitahu dengan segera. 2.

    Segala yang disampaikan secara rahsia kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya. 3. Memberitahu atau percakapan mengenai sesuatu secara tersembunyi seperti melalui ilham atau isyarat. 4. Wahyu
  12. • Dari sudut istilah : 1. Segala yang disampaikan Allah

    kepada nabi dan rasulnya. 2. Perkhabaran dan berita daripada Allah samada dalam bentuk sejarah, cerita, hukum-hakam, peristiwa akan datang, perkara-perkara ghaibiyyat seperti neraka, syurga, malaikat dan lain-lain. 3. Kalam Allah yang disampaikan kepada nabi dan rasul secara tersembunyi dan rahsia serta segera samada melalui perantaraan malaikat Jibril atau secara langsung. 4. Wahyu
  13. Ciri-Ciri Wahyu • Perkhabaran dengan cara ilham dan mimpi tanpa

    perantaraan Jibril. Kisah mimpi nabi Ibrahim menyembelih nabi Ismail. (al-saafat : 37) • Wahyu di sebalik hijab. Perlantikan nabi musa sebagai rasul ( surah Taha : 11-13) • Perantaraan Jibril berlaku dalam dua keadaan ;- melihat jibril bentuk asli atau menjelma sebagai manusia.
  14. • Nabi tidak melihat jibril, wahyu diterima dengan bunyi gemercing

    loceng atau bunyi deruan lebah. • Wahyu merupakan anugerah Allah, tidak boleh diperolehi dengan usaha atau ikhtiar. • Wahyu bersifat ma’sum (terpelihara). • Kalam Allah yang benar dan suci adalah hidayah dan petunjuk kepada semua makhluk. 4. Wahyu
  15. Peranan Wahyu 1. Menjaga dan memelihara syariat Islam dan petunjuk

    kepada manusia dan seluruh alam. 2. Sebagai mukjizat kepada nabi S.A.W. 3. Sebagai rujukan dan penyelesai masalah. Ia adalah sumber rujukan ke atas kebenaran pengetahuan rasional, empirikal atau intuisi. 4. Mengeluar kejahilan dan kegelapan kepada iman.
  16. Hakikat Wahyu • Wahyu pengalaman yang diperolehi golongan yang terkhusus.

    • Wahyu urusan Allah yang tidak boleh difikirkan dan diusahakan. • Ia juga bukan pengalaman pancaindera yang dapat difahami oleh akal. • Wahyu merupakan pengalaman kerohanian yang tidak dapat diketahui hakikatnya.
  17. Hubungan Antara Ilmu Wahyu dan Akal • Hubungan wahyu dengan

    akal sebagai pembantu atau pemandu kepada akal. • Ia mengarahkan akal supaya mengikuti perkara yang tidak mampu ditanggapinya, khususnya persoalan ghaib dan sami’yyat dan alam metafizik.
  18. Rumusan • Wahyu berperanan untuk memberi hidayah. • Wahyu sesuatu

    yang mutlak, suci, terpelihara. • Wahyu merupakan nur dan puncak mencapai hakikat kebenaran.
  19. • Wahyu disampaikan melalui perantaraan rasul. • Menjelaskan persoalan yang

    tidak dapat difikirkan oleh akal. • Wahyu tidak dapat di ubah atau dipinda. • Wahyu tidak akan diturunkan lagi selapas kewafatan rasul S.A.W. Rumusan