Upgrade to Pro — share decks privately, control downloads, hide ads and more …

USK1042.AlirandanMazhab

Burhan
April 26, 2015

 USK1042.AlirandanMazhab

Slaid untuk kuliah minggu ke-9.

Burhan

April 26, 2015
Tweet

More Decks by Burhan

Other Decks in Education

Transcript

  1. PENDAHULUAN • Epistemologi membincangkan dua masalah pokok iaitu sumber ilmu

    pengetahuan dan kebenaran / hakikat ilmu pengetahuan. • Dalam tradisi falsafah epistemologi Barat, terdapat 3 aliran utama : • Rasionalisme • Empirisme • Skeptisme
  2. Perbincangan Awal • Terdapat dua isu yang ingin diperlihatkan di

    antara dua aliran epistemologi barat; 1. Sumber idea 2. Bagaimana mengetahui kebenaran
  3. Rasionalisme • Aliran secara khususnya dirujuk kepada ahli falasafah pada

    abad ke 17 dan 18 seperti : • Rene Descartes (1596-1650) • Baruch Spinoza (1632-1677) • G.W.Leibniz (1646-1716)
  4. Samb …  Aliran rasionalisme menekankan kepada kemampuan akal atau

    autoriti akal fikiran (reason) untuk memperolehi ilmu dan mencari kebenaran.  Manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang sesuatu perkara.  Ianya bersifat fitrah di mana idea mengenai kebenaran dikatakan sudah ada pada diri manusia secara apriori tanpa perlu melalui pengalaman dan pengamatan.
  5. Samb …  Rasionalisme tidak mengingkari kegunaan indera dalam memperoleh

    pengetahuan kerana ia merangsang akal dan memberikan bahan- bahan untuk akal bekerja. Tetapi sampainya manusia kepada kebenaran adalah melalui akal.  Dalam menyusun data-data, akal menggunakan konsep-konsep rasional atau ide-ide universal.  Penganut rasionalisme percaya bahawa kebenaran dan kesesatan terletak dalam ide dan bukannya dalam diri barang sesuatu.
  6. Implikasi Falsafah Rasionalisme • Kemutlakan minda manusia yang mampu menjelaskan

    fenomena alam. • Tuhan sebagai principle of explanation telah dikesampingkan dalam aliran rasionalisme. • Apa yang tinggal adalah dua bentuk kewujudan iaitu minda manusia dan dunia fizikal.
  7. Emperisisme • Emperisisme berasal dari kata Yunani empeirikos yang bermaksud

    pengalaman. • Aliran falsafah yang berpendapat sumber ilmu dan kebenaran adalah berdasarkan atau bersumberkan pengalaman pancaindera. • Ia menolak pandangan falsafah rasionalisme bahawa akal manusia mempunyai konsep terhadap sesuatu objek sebelum proses tanggapan di alam dunia.
  8. sambungan • Kebenaran bersifat aposteriori iaitu perlu melalui pengalaman terlebih

    dahulu • Minda manusia adalah seperti sehelai kertas putih yang langsung tidak terlukis oleh sebarang unsur. • Konsep atau imej yang tertera pada minda seseorang terhasil melalui pengalaman atau pancaindera.
  9. Tokoh falsafah emperisme • Aliran ini telah dibangunkan oleh ahli

    falsafah british pada abad ke 18. • Antara yang masyhur ialah John Locke (1632-1704), George Berkeley (1685- 1753), David Hume (1711-1776), John Stuart Mill (1773-1836).
  10. John Locke sebagai pengasas aliran empiris • Locke menjelaskan minda

    manusia sebagai berikut: “ Let us then suppose the mind to be, as we say, white paper, void of all characters, without any ideas; how comes its to be furnished…to this answered in one word, from experience: in that all our knowledge is founded, and from that it ultimately derives itself”
  11. idea • Idea boleh terhasil melalui dua sumber sensasi dan

    persepsi daripada minda yang dikenali sebagai internal sense • Kita hanya boleh berfikir melalui idea dan disebabkan kesemua idea itu datang dari pengalaman • Tiada sebarang pengetahuan boleh wujud sebelum adanya pengalaman
  12. Kelemahan Empirisisme 1. Indera terbatas. Objek jauh kelihatan kecil. 2.

    Indera menipu. Pen kelihatan bengkok kerana biasan 3. Objek yang menipu. Cth : fatamorgana
  13. Implikasi dari falsafah ini melahirkan; • Dua aspek dunia; 1.

    Dunia fikiran seseorang. 2. Dunia di luar minda yang mengandungi zat. • Walaubagaimanapun individu tidak pernah melihat dan merasai zat. • Apa yang dirasai dan dilihat adalah sifat zat tersebut.
  14. Sifat Zat • Sifat primer; bersifat fizikal seperti kumpulan jirim,

    kepadatan, tiga dimensi-lebar, panjang dan tinggi. • Sifat sekunder; ia dikenali sebagai kualiti, suara, bau, rasa.
  15. Sambungan…contoh • Sifat primer dan sifat sekunder pada zat secara

    tetap seperti sifat sebuah kerusi atau sifat seketul ais yang sentiasa berubah. • Seseorang yang melihat kerusi ia bukan melihat zat kerusi yang sebenar tetapi melihat sifat kerusi tersebut. • Dalam ertikata lain, jika seseorang menganggap sebuah objek ia hanya mengangapnya secara zahir atau luaran bukannya realiti.
  16. • Ini bererti, pengetahuan yang dimiliki seseorang tidak lebih dari

    pengalaman yang diperolehi. • Dengan demikian zat hanya bersifat imiginasi.
  17. Skeptisme • Skeptisme bermula pada zaman Yunani apabila di kemukakan

    oleh Xenophones (570-475 BC) • Aliran skiptisme klasik mempunyai 3 aliran : Pyrrhonic, Akademi Baru dan Skeptisisme Akhir. • David Hume (1711-1776) ahli falsafah skeptisme moden.
  18. Menurut protogoras semua ilmu yang diperolehi bersumberkan pancaindera. Sedangkan pancaindera

    kekadang boleh menyebabkan berlakunya tipu daya dalam menyampaikan sesuatu dan tidak memberikan kebenaran. Disebabkan sumber ilmu berdasarkan pancaindera maka ia benar kepada si penerima sahaja tetapi tidak kepada orang lain.
  19. Sambungan …Skeptisme • Skeptisme menganggap bahawa ilmu yang pasti terhadap

    sesuatu hakikat mungkin dapat dicari tetapi tidak akan dijumpai. • Ilmu pengetahuan bersumberkan pengalaman dan pancaindera adalah ditolak dan tidak boleh dipercayai. • Hujahnya, semuanya itu adalah satu ilusi
  20. Falsafah Skeptisme Hume • Membawa kepada penerimaan terhadap doktorin fenomenalisme.

    • Ia membataskan kewujudan kepada fenomena sahaja iaitu dunia yang dapat ditanggapi. • Menolak idea atau hakikat metafizik. Apa yang ditanggapi oleh pancaindera sahaja dianggap wujud.
  21.  Hume hanya menerima dua jenis kebenaran 1. Fakta yang

    jelas 2. Kebenaran yang boleh diterima akal.  Ianya boleh dipertahankan melalui pengalaman dan ujikaji dan boleh didemonstrasikan sebagai benar melalui perkiraan matematik dan lojik.
  22. Terdapat tiga jenis pengalaman pancaindera yang bersifat ilusi 1. Ilusi

    garapan pancaindera; pengelihatan fatamorgana di padang pasir. 2. Garapan pancaindera bersifat relatif; objek yang bulat akan dilihat bujur dari sudut yang tertentu. 3. Halusinasi; sesuatu yang dilihat, dirasa, dibau, didengari yang sebenarnya tidak wujud.
  23. Oleh itu, • Ketiga bentuk hujah tersebut, menjelaskan pengalaman pancaindera

    menipu daya seseorang. • Maklumat yang diberikan oleh pancaindera memberi maklumat yang tidak tepat terhadap alam fizikal.
  24. Epistemologi Islam • Sumber wahyu merupakan sumber yang utama untuk

    mencari ilmu dan kebenaran. • Namun Islam, juga mengiktiraf sumber rasional dan empirikal. • Tentang sumber rasional, penggunaan perkataan (a’qala) lebih dari 45 ayat. • Ia menjelaskan peranan akal amat dituntut dalam islam.
  25. Samb. • Selain itu, gesaan menggunakan fikiran disebut 16 kali

    dalam al-quran melalui perkataan tafakkara. • Perkataan faqiha diulang lebih 16 kali. • Perkataan lain,yang mempunyai maksud yang sama seperti, fahima,nazara,tadabbara,ulu al-bab, ulu ilm.
  26. Samb. • Manakala sumber empirikal banyak disebut bersama dengan sumber

    rasional. • Surah al-Nahlu :78, al-Mulk:10-11. • Pentingnya sumber empirikal khususnya dalam jenayah islam seperti kes zina, liwat memerlukan kesaksian mata dan telinga untuk mensabitkan jenayah tersebut.
  27. Kesimpulan  Ilmu rasional dan empirikal adalah penting.  Namun,

    tarafnya tetap berada di bawah sumber wahyu.  Islam mewajibkan agar merujuk sumber wahyu dalam perkara yang melibatkan agama seperti aqidah, ibadah dan akhlak.  Dalam urusan-urusan kehidupannya boleh menggunakan akal dan pengalaman pancaindera untuk menyelesaikannya.